Blog Rasmi Aktiviti Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Setiu, Terengganu

Breaking

Sunday, June 6, 2021

KARNIVAL BAHASA MELAYU DALAM TALIAN




KLIK SINI UNTUK: KERTAS KONSEP PERTANDINGAN

Karnival Bahasa Melayu dalam Talian Peringkat Daerah Setiu merupakan pertandingan koakademik BM yang pertama yang dijalankan secara dalam talian sepenuhnya.

Bagi tahun 2021 ini, sebanyak 6 pertandingan telah disediakan untuk murid-murid dari sekolah rendah dan sekolah menengah menyertai. 

Pertandingan-pertandingan tersebut adalah seperti berikut:

      1. BERCERITA BAHASA MELAYU
      2. DEKLAMASI SAJAK
      3. DENDANGAN SYAIR
      4. PIDATO BAHASA MELAYU
      5. MENGARANG SAJAK
      6. MENULIS ESEI BM
  • Semua pertandingan akan dijalankan secara RAKAMAN VIDEO sahaja dan tiada pertandingan bersemuka. 

  • Semua rakaman video hendaklah muat naik ke laman YOUTUBE terlebih dahulu. 

  • Peserta hanya perlu share link video kepada pihak PPD melalui Google Form yang telah disediakan.

  • Untuk pertandingan mengarang sajak dan menulis esei pula, peserta perlu muat naik hasil karya mereka dalam bentuk fail PDF mengikut format yang telah ditetapkan. Sila rujuk kertas konsep bagi maklumat lanjut mengenai format tersebut.

  • Seorang peserta hanya dibenarkan untuk masuk dalam satu pertandingan sahaja bagi setiap kategori.

  • Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu peserta sahaja dalam setiap pertandingan dan kategori

  • Semua video pertandingan hendaklah dimasukkan hashtag #BahasaJiwaBangsa #Covid19KitaJagaKita pada penghujung.

Tarikh akhir penghantaran karya dan video penyertaan adalah pada:

5 OGOS 2021 Jam 11:59 malam


Sila rujuk kertas konsep di bawah untuk melihat syarat penuh penyertaan:


No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot