Blog Rasmi Aktiviti Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Setiu, Terengganu

Breaking

Sunday, April 11, 2021

PELAPIS ATLET RAGBI NEGERI



TAHNIAH kepada 3 orang murid dari sekolah Daerah Setiu, semuanya dari SK CHALOK yang telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke SMK Sultan Sulaiman, di bawah Program Pembangunan Ragbi Negeri Terengganu

Program ini merupakan program khas untuk melahirkan atlet Pelapis Negeri dan merupakan hasil kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu, Persatuan Ragbi Terengganu serta Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Bagi murid lelaki, mereka akan dikenali dengan Pasukan Akademi Ragbi Terengganu dan program ini telah pun ramai melahirkan atlet Ragbi negeri, termasuklah ada juga yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Sukan Malaysia pula, diserapkan dalam National Rugby Development Programme
NRDP Malaysia
.
Tahniah kepada jurulatih mereka, yang tentunya telah berusaha keras dalam menggilap bakat mereka sehingga ke tahap ini. Pengorbanan tuan puan dalam melahirkan anak Setiu yang cemerlang amat besar maknanya.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot