Blog Rasmi Aktiviti Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Setiu, Terengganu

Breaking

Thursday, March 25, 2021

Promosi Pertandingan Larian Maya CB Best 4KM Virtual Run anjuran SK (LKTP) Chalok Barat


 

HANTAR REKOD LARIAN ANDA KE: http://gg.gg/rekodlari


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN CB BEST 4KM VIRTUAL RUN


  1. Peserta mestilah terdiri daripada murid-murid Sekolah Kebangsaan di dalam Daerah Setiu yang sihat tubuh badan.

  2. Setiap sekolah boleh menghantar maksimum 4 peserta terdiri daripada 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan.

  3. Digalakkan penyertaan dari murid Tahap 2 untuk markah PAJSK.

  4. Pendaftaran melalui link http://gg.gg/daftarcbvr perlu dibuat 24 Mac 2021 sehingga 31 Mac 2021.

  5. Semasa mengisi borang pendaftaran, perlu dimuat naik borang kebenaran ibubapa/penjaga daripada sekolah masing-masing.

  6. Setiap penyertaan akan diberi satu sijil dan satu medal penyertaan setelah murid-murid melengkapkan larian 4KM.

  7. Setiap larian murid perlu diawasi oleh guru atau ibubapa atau penjaga.

  8. Sebarang kemalangan ketika murid menjalankan aktiviti adalah di bawah tanggungan sendiri.


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN CB BEST 4KM VIRTUAL RUN

  1. Setiap murid perlu memuat turun aplikasi STRAVA ke dalam handphone masing-masing.

  2. Semasa larian peserta perlu menekan butang ‘RECORD’ dan perlu berlari sehingga jarak 4KM.

  3. Peserta boleh berlari di atas padang, di kawasan rumah, di tempat rekreasi dan mana-mana tempat yang difikirkan selamat dan selesa. Waktu larian juga tidak terhad.

  4. Selepas menamatkan larian, peserta perlu membuat ‘screenshot’ pada aplikasi STRAVA dan menghantar kepada pihak penganjur sebagai bukti. Link untuk penghantaran tersebut akan dimaklumkan penganjur kelak.

  5. Pemenang bagi ‘TOP 20 Finisher’ bagi 20 murid lelaki dan 20 murid perempuan akan diberi Pingat Edisi Terhad dan sijil manakala untuk peserta yang lain akan diberi pingat dan sijil penyertaan.

  6. Sebarang keputusan penganjur adalah muktamad.











No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot